Tuesday, April 19, 2011

SUARAMU INSPIRASIKU

Assalamualaikum.

          Alhamdulillah. Rakan Perkim UTHM telah berjaya melaksanakan tanggungjawab menjalankan satu program silaturrahim diantara saudara baru dengan pihak Rakan Perkim sendiri pada 17 April 2011 bersamaaan 13 Jamadil awwal 1432 H. Program yang bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat, bermula pada jam 9 pagi dihadiri lebih kurang 80 orang yang terdiri daripada MT dan sahabat Rakan Perkim UTHM dan juga saudara baru sendiri. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Haji Awang Bin Mohamad yang merupakan Pengerusi PERKIM cawangan Batu Pahat.

          Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari saudara Amirul Mukminin. Diikuti dengan bacaan ayat suci al-Quran yang dialunkan oleh adik Muhammad Saiful Bin Mohd Salleh yang berusia 12 tahun. Kemudian, ucapan alu-aluan dari Penasihat Rakan Perkim, Ustaz Kamal Izhar Bin Kamarul Zaman. Seterusnya ucapan perasmian oleh Pengerusi PERKIM cawangan Batu Pahat dan diikuti satu slot ceramah yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam UTHM, Prof. Madya Dr Syed Muhammad Dawilah Al-edrus. Akhir sekali merupakan slot perkongsian pengalaman oleh 2 orang saudara baru iaitu Puan Siti Solehah Binti Abdullah dan Encik Mohd Ridhuan Teo Bin Abdullah. Mereka menceritakan pengalaman mereka sewaktu mula-mula mengenal Islam dan tertarik dengan keindahan agama Allah ini. Sungguh besar kuasa Allah dimana pintu hati mereka semua terbuka untuk menerima hidayah Allah yang sangat bermakna ini.

          Selesai sahaja majlis, seluruh hadirin menjamu selera di dewan makan yang berada diluar bilik gerakan tersebut. Akhir sekali merupakan sesi bergambar kenangan bersama kesemua saudara baru, MT Rakan Perkim UTHM dan barisan VIP sekalian.

 Saudara baru bergambar bersama Prof Syed Muhammad Dawilah dan Dato' Haji Awang.

          Barisan MT Rakan Perkim UTHM dan saudara baru.         

No comments:

Post a Comment